Siri animasi terkenal, Ejen Ali, kini melangkah ke dimensi baharu dengan kerjasama bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam misi epik terbaharu yang pasti mengejutkan.
Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) diperkaya dengan aksi pengembaraan yang mendebarkan serta sentuhan inspirasi dan inovasi daripada agensi utama negara, TNB.
Kerjasama berkuasa tinggi ini diumumkan bersempena dengan pelancaran teaser rasmi terbaru yang penuh dengan aksi, sekaligus memulakan siri kempen kreatif yang hebat menjelang pelancaran filem yang dinantikan pada tahun hadapan.
Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios, Nini Yusof, menyatakan rasa bangga dengan kerjasama ini dan berharap kejayaan kolaborasi filem pertama pada 2019 akan membuktikan sinergi kukuh antara jenama mereka.
Sementara itu, Pengarah EATM2 merangkap Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, Usamah Zaid Yasin turut menzahirkan penghargaan kerana diberi peluang dan kepercayaan dalam sinergi epik ini.
Gabungan ini bukan sahaja membawa Ejen Ali kembali ke layar perak dengan penuh gemilang. Malah kami teruja untuk menyampaikan mesej penting dalam kerjasama rapat dengan TNB bagi menjayakan misi ini di pawagam pada tahun hadapan.
Difahamkan, filem Ejen Ali The Movie 2 akan menemui penonton pada tahun hadapan, dengan kemunculan Ali yang direkrut secara tidak sengaja sebagai ejen rahsia oleh agensi perisikan Meta Advance Tactical Agency (MATA).
Ali kini bergelut dengan tanggungjawab baharu untuk menguasai Satria dan dia juga perlu menerima keputusan di mana Alicia, rakannya di dalam MATA merupakan pemilik seterusnya bagi peranti superkomputer, Iris.
Neonimus juga sudah muncul semula dan memberi amaran bahawa konspirasi terbesar bakal muncul di Cyberaya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.