Bukan senang dan memang sangat jarang melihat Eja menghiasi mana-mana kulit depan majalah. Namun pihak editorial GLAM berjaya mendapatkan wajah mulus Eja untuk menghiasi majalah mereka untuk keluaran Julain 2012. Dan ternyata Eja tampil sangat vogue dan classy.
Sementara itu pelakon yang sedang meningkat naik, Nazim Othman pula dipilih untuk menghiasi majalah GLAM Lelaki. Abang Nara memang daripada dulu agak pelik mengapa Nazim Othman masih kurang popular sedangkan pakej yang dimilikinya memang sudah sempurna. Dengan wajah yang tampan, seharusnya nama Nazim Othman sudah berdiri gah di kalangan pelakon senior yang lain.
Mungkin tahun 2012 akan menjadi tahun Nazim Othman meningkatkan lagi popularitinya. Apa pun, jangan lupa dapat kedua-dua majalah GLAM ini sekiranya anda merupakan peminat Eja atau pun Nazim Othman. Abang Nara pasti banyak kisah menarik yang telah dikongsikan oleh mereka berdua.
lala
June 25, 2012 at 12:13 pm
sapa nazim suam2 kuku ni? sejak bila dia famous? macam adik2 jerrr *buek*
Reena
June 25, 2012 at 10:31 am
Memang kelas ko Eja. Cantek babe. Jarang tgk Eja selekeh. I loike.
Jeng jeng jeng
June 25, 2012 at 9:51 am
Cantik lah EJA. Suka make up dia.
Aku kesah
June 25, 2012 at 9:09 am
eja ni memg cantik..lembut jer wajahnya..suka senyum..kurang kontrovesi pn ya..
Pingback: Eja Dan Nazim Othman Hiasi Majalah GLAM Bulan Julai 2012 | HatiBlogger [dot] Com