Bukan senang dan memang sangat jarang melihat Eja menghiasi mana-mana kulit depan majalah. Namun pihak editorial GLAM berjaya mendapatkan wajah mulus Eja untuk menghiasi majalah mereka untuk keluaran Julain 2012. Dan ternyata Eja tampil sangat vogue dan classy.
Sementara itu pelakon yang sedang meningkat naik, Nazim Othman pula dipilih untuk menghiasi majalah GLAM Lelaki. Abang Nara memang daripada dulu agak pelik mengapa Nazim Othman masih kurang popular sedangkan pakej yang dimilikinya memang sudah sempurna. Dengan wajah yang tampan, seharusnya nama Nazim Othman sudah berdiri gah di kalangan pelakon senior yang lain.
Mungkin tahun 2012 akan menjadi tahun Nazim Othman meningkatkan lagi popularitinya. Apa pun, jangan lupa dapat kedua-dua majalah GLAM ini sekiranya anda merupakan peminat Eja atau pun Nazim Othman. Abang Nara pasti banyak kisah menarik yang telah dikongsikan oleh mereka berdua.