Eizlan Yusof & Vie Santie Sah Bercerai Talak Satu

Hiburan

Eizlan Yusof & Vie Santie Sah Bercerai Talak Satu

Rumah tangga yang dibina selama 7 tahun oleh Datuk Eizlan Yusof dan isterinya, Datin Vie Santie Harun akhirnya musnah apabila mereka berdua disahkan bercerai talak satu. Perceraian mereka disahkan oleh Makamah Syariah Gombak Timur semalam. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan V Zaalia yang berumur antara dua hingga enam tahun.

eizlan yusof cerai

Advertisement

Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan percerian itu selepas mendapati lafaz cerai yang diucapkan oleh pelakon itu terhadap isterinya pada 28 September 2014 adalah sah. Pasangan tersebut bersetuju hak penjagaan tiga anak mereka diberikan kepada Vie Santie Harun selaku ibu manakala Eizlan mendapat kebenaran untuk bermalam dengan anak-anaknya pada masa yang dipersetujui bersama.
eizlan yusof cerai

Vie Santie selaku plantif juga bersetuju tidak akan membuat tuntutan mutaah manakala nafkah edah pula akan diberikan mengikut budi bicara Eizlan. Mereka berdua telah berkahwin pada 7 Julai 2007 dengan hantaran RM77,777.77. Takziah diucapkan atas penceraian ini. Semoga kebajikan anak-anak terjaga walaupun sudah tidak bersama. Sumber Harian Metro.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...