Eizlan Yusof Tetap Tenang, Sedar Ramai Pertikai Perlantikan Jawatannya

Hiburan

Eizlan Yusof Tetap Tenang, Sedar Ramai Pertikai Perlantikan Jawatannya

Penerbit dan pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof memaklumkan bahawa Jawatankuasa Seni dan Budaya (ARCA) yang bakal dibentuk di bawah Kementerian Luar Negeri mampu melonjakkan produk seni tempatan ke peringkat antarabangsa.

2 years ago

"Saya Tak Nak Komen Isu Itu, Saya Tak Berpihak Kepada Sesiapa" - Eizlan Yusof

Advertisement

Eizlan yang baru sahaja dilantik menjadi Perunding Kreatif Kementerian Luar Negeri berharap agar penggiat seni dapat berikan sokongan penuh dalam usaha untuk memperkasakan lagi industri ke peringkat lebih tinggi.

Usaha kementerian ini sangat bermanfaat kepada industri seni dan kebudayaan negara. Perkara ini patut diraikan kerana kita jarang dapat ruang dan peluang mengorak langkah ke peringkat antarabangsa.

Menurut Eizlan atau nama sebenarnya Yang Berhormat Datuk Seri Eizlan Yusof, dia menyedari bahawa ada pihak yang berasa kurang senang dengan pelantikannya dan Ahmad Idham.

Namun, Eizlan tetap tenang dan mengatakan yang penubuhan jawatankuasa tersebut akan memberi banyak kelebihan dan kebaikan kepada industri terutamanya penggiat seni tanah air.

Eizlan Yusof

Memang amanah ini berat tapi saya seronok menerima cabaran yang diberikan, jadi saya perlukan sokongan dan pandangan daripada semua pihak. Lebih baik jika lebih banyak idea dan suara.

Sekadar info, Eizlan Yusof mula berkecimpung dalam industri hiburan tanah air pada tahun 1994 dan antara filem lakonan beliau yang mendapat sambutan yang hangat adalah Pontianak Harum Sundal Malam dan Impak Maksima.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...