September 15th, 2016

Sering merasa rindu dan memerlukan kasih sayang anak-anaknya, Datuk Eizlan Yusof merasa syukur kerana bekas isterinya, Vie Shantie Khan tidak pernah menghalang anak-anak mereka untuk bertemu dengannya.

Alhamdulillah Vie tidak pernah meletakkan sebarang had. Saya percaya Vie faham anak-anak juga memerlukan kasih sayang seorang bapa.

Justeru, dia tiada masalah sekiranya saya mahu bertemu atau membawa anak-anak tinggal bersama pada bila-bila masa.

Menurut Eizlan, jadual kerja yang padat sebagai seorang pelakon dan usahawan bukanlah alasan untuk beliau tidak meluangkan masa dengan anak-anaknya.

Siapa yang mengikuti perkembangan saya di laman Instagram, pasti tahu saya kerap habiskan masa bersama anak-anak.

Bagi saya, walaupun sibuk dengan rutin kerja yang tidak menentu, anak-anak tetap menjadi keutamaan. Selalunya saya dan anak-anak akan berbincang ke mana kami mahu pergi.

Buat masa ini, Eizlan dan tiga orang anaknya tinggal bersama kerana Vie kini sedang mengerjakan ibadah haji.

Seronok juga kami melihat telatah Eizlan Yusof bersama anak-anaknya menerusi video yang dimuat naik di Instagram. Alhamdullillah, bekas isterinya memahami hasrat Eizlan dan anak-anaknya. Penceraian sebenarnya bukan satu penghalang untuk anak-anak tidak mendapat kasih sayang daripada ibu atau bapa mereka. Ia bergantung kepada bagaimana cara bekas suami dan isteri itu sendiri menangani masalah mereka tanpa melibatkan anak-anak.

Sumber Berita : Harian Metro


Comments are closed.

Loading...