Eina Azman Teruskan Hasrat Saman Ibu Afiq Muiz

Hiburan

Eina Azman Teruskan Hasrat Saman Ibu Afiq Muiz

Tekad sungguh nampaknya si Eina Azman ini. Yakin berada di pihak yang benar, Eina akan meneruskan hasratnya untuk menyaman ibu Afiq Muiz, Hasliza Mohammad. Untuk makluman, sebelum ini Eina memberikan tempoh masa 7 hari kepada Hasliza untuk memohon maaf kepadanya.
eina azmanKata Eina Azman kepada Berita Harian:-

Saya serahkan kes saman ini kepada keluarga. Mereka akan uruskan, tunggu apa saja yang akan berlaku seterusnya. Sampai sekarang ibu Afiq tidak meminta maaf. Malah keluarga ibunya juga menyerang saya di laman Twitter.

Saya tidak akan meminta maaf dan tiada sebab untuk saya meminta maaf. Ibu Afiq yang memburukkan dan mengaibkan saya, bukannya saya. Saya berani cakap begini sebab saya ada bukti di atas segala percakapan saya.

eina azman

Nampaknya masalah ini tidak akan dapat diselesaikan secara mudah. Kalau benar kes ini ke mahkamah, teringin juga ingin melihat bukti yang dimaksudkan oleh Eina Azman. Tambah Eina lagi-

Apa yang ibu Afiq beritahu dalam program hiburan Melodi kelmarin semuanya bercanggah. Biarlah nanti ibu saudara Afiq, Norlela yang tampil memberi penjelasan. Ibu saudaranya itu cukup mengenali Afiq dan dia menjaga Afiq ketika kecil.

Advertisement

Secara jujur, Abang Nara tak nampak kenapa Eina Azman perlu sampai tahap saman menyaman. Pasti ramai yang tidak menyokong tindakan Eina ini. Sepatutnya Eina bersikap lebih terbuka dan memaafkan ibu Afiq walaupun memang ibu Afiq yang bersalah. Senang sikit nak diterima jadi menantu suatu hari nanti. Tak gitu?

P.S: Kalau Fer White untuk kecantikan orang dewasa, Fer Kids dirumus khas untuk membantu perkembangan kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas. Sangat bagus untuk kecerdasan minda dan memberi tenaga. Untuk tempahan dan persoalan, boleh PM di Facebook CantikNara, email ke [email protected] atau SMS/WhatsApp ke 013-594-7061.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...