Pelakon terkenal, Datin Paduka Eina Azman hanya mampu ketawa apabila berdepan dengan kecaman netizen yang mendakwa wajahnya kini kelihatan berbeza dan pelik berbanding dahulu.
Menerusi satu klip potongan siaran langsung di TikTok, pemilik nama sebenar Ainur Syakina Azman, 30, berkata kebahagiaan dalam hidup jauh lebih penting berbanding memenuhi pandangan orang terhadap rupanya.
Saya tidak pernah meminta pandangan sesiapa tentang wajah saya. Saya gembira dengan kehidupan saya. Saya tidak kisah kalau orang nak kata saya kurus macam kartun Popeye ke, rambut hitam macam pontianak ke, saya okay saja.
Bagi saya yang penting keluarga saya gembira dan orang-orang yang saya sayang berada dekat dengan saya.
Eina turut menjelaskan bahawa dirinya langsung tidak terkesan dengan komen negatif, malah menganggap ia sebagai bahan hiburan buat dirinya dan suami, Datuk Paduka Kaisaer Gurmeet.
@einaazman13 Pre Launch “Sambal Bilis Its Done ??” now di tiktok live eina ? jom join live eina ? #einaazman #carasayabyeinaazman #itsdonebyeinaazman #sambalbilisitsdonebyeinaazman #fyp
Saya tidak marah dan hanya mampu ketawa saja. Suka hati koranglah. Saya asyik dapat komen yang mengatakan saya pakai filter, mempersoalkan bentuk mata, hidung dan kening saya.
Apa masalahnya? Kalau saya gemuk salah, hitam salah, muka berjerawat salah. Kalau kurus dan putih mesti salah kan?
Terdahulu, wajah Eina ketika membuat siaran langsung bersama suaminya itu menjadi bualan netizen yang mendakwa penampilannya kelihatan pelik dan berbeza.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.