Eina Azman Tanggung Kos Perubatan Bayi Derita Ekzema Teruk

Hiburan

Eina Azman Tanggung Kos Perubatan Bayi Derita Ekzema Teruk

Naluri sebagai seorang ibu dan bapa membuatkan pelakon Datin Paduka Eina Azman dan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah tersentuh saat melihat keadaan seorang bayi,Thaqif Arjuna yang menghidap penyakit ekzema kritikal dengan simptom kulit kering dan kegatalan.

Advertisement

Penderitaan yang ditanggung anak kecil itu memang tidak dapat dibayangkan, kerana tidak selesa dengan rasa gatal, badannya sering digaru sehingga berdarah.

Melihat keadaan Thaqif yang menyayat hati, Eina dan suami memaklumkan mereka akan menanggung sepenuhnya kos perubatan dan rawatan bayi itu sehingga sembuh sepenuhnya.

Ra-rata netizen memuji keikhlasan serta keprihatinan pasangan ini memberi bantuan kepada insan yang memerlukan dan turut mendoakan agar Thaqif sembuh dari penyakitnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

30 Comments

  1. dalita

    December 14, 2018 at 10:09 am

    anak aku ada ekzema dari kecil sampai sekarang, ekzema ni mmg takkan pulih 100% dia akan berbalik…banyak pantang larang makanan dan persekitaran untuk pesakit ekzema…

  2. 258

    December 14, 2018 at 8:10 am

    aduhh aku yg tengok ni menangis. sedih nyaaa.. siapa ada anak faham la perasaan tu. anak aku kalau kena gigit nyamuk pun aku risauu dia garu berdarah ni kan pulak memanjang garu sebab gatal sangat.Bagus Eina ni. sebab tu laa siapa yg ada rezeki lebih, kongsikan dgn yang kurang rezeki ni..

  3. Anonymous

    December 13, 2018 at 11:20 pm

    Pnah jumpe Eina, mg humble… hubby dia pun baik

  4. Jjay

    December 13, 2018 at 9:29 pm

    Tak macam dsv .konon nak bantu buat operate mangsa yg d simbah asid tu .Janji tinggal janji .

  5. Anon

    December 13, 2018 at 6:14 pm

    Aku puji eina ni. Dia x ambik pot apa org kata, fokus jaga family dia.

Loading...