December 13th, 2018

Naluri sebagai seorang ibu dan bapa membuatkan pelakon Datin Paduka Eina Azman dan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah tersentuh saat melihat keadaan seorang bayi,Thaqif Arjuna yang menghidap penyakit ekzema kritikal dengan simptom kulit kering dan kegatalan.

Penderitaan yang ditanggung anak kecil itu memang tidak dapat dibayangkan, kerana tidak selesa dengan rasa gatal, badannya sering digaru sehingga berdarah.

Melihat keadaan Thaqif yang menyayat hati, Eina dan suami memaklumkan mereka akan menanggung sepenuhnya kos perubatan dan rawatan bayi itu sehingga sembuh sepenuhnya.

Ra-rata netizen memuji keikhlasan serta keprihatinan pasangan ini memberi bantuan kepada insan yang memerlukan dan turut mendoakan agar Thaqif sembuh dari penyakitnya.


30 responses to “Eina Azman Tanggung Kos Perubatan Bayi Derita Ekzema Teruk”

  1. Kak perihatin says:

    Tahniahlah Eina Azman….sbb Tu rezeki dia bertambah…suka tolong orang susah.

  2. Nurul Adila Awang says:

    Alhamdulillah hati beliau berdua terbuka untuk menderma bagi org yg benar2 memerlukan..Insha Allah kita juga pun boleh ,x banyak sikit pun jadilah..semoga ALLAH BERKATI kita semua

  3. Anonymous says:

    Moga usaha untuk proses pemulihan rawatan baby Thaqif dipermudahkan Allah swt.

    Moga Allah berkati Eina and suami sekeluarga, murahkan rezeki supaya dapat terus membantu hamba2 Allah yang memerlukan. Hakikat rezeki yang Allah kurniakan ada hak orang lain. Ada yg Allah beri kekayaan ada yang Allah beri kesihatan… teruskan membantu. X mampu sedekah kewangan, kita ada kudrat. Kalau semua tak mampu, diam. Jangan asyik nak kecam.

    Cepat sembuh, baby Thaqif.

  4. damai says:

    Allah, sedih btl tengok video bb tak habis2 menggaru kerana kegatalan, aku yg allergy udang kalau termakan udang wpun sikit, dia punya itchy x blh tahan, if x ada ubat aku blh menggaru x blh nak cakap kdg sampai luka2, ini bby yg sakit kulit mcm tu, blh bayangkan. semoga dgn kebaikan eina dan suami untuk membantu, allah akan berikan kesembuhaan secepatnya pada baby tersebut, aamiin

Loading...