Eina Azman Tanggung Kos Perubatan Bayi Derita Ekzema Teruk

Hiburan

Eina Azman Tanggung Kos Perubatan Bayi Derita Ekzema Teruk

Naluri sebagai seorang ibu dan bapa membuatkan pelakon Datin Paduka Eina Azman dan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah tersentuh saat melihat keadaan seorang bayi,Thaqif Arjuna yang menghidap penyakit ekzema kritikal dengan simptom kulit kering dan kegatalan.

Advertisement

Penderitaan yang ditanggung anak kecil itu memang tidak dapat dibayangkan, kerana tidak selesa dengan rasa gatal, badannya sering digaru sehingga berdarah.

Melihat keadaan Thaqif yang menyayat hati, Eina dan suami memaklumkan mereka akan menanggung sepenuhnya kos perubatan dan rawatan bayi itu sehingga sembuh sepenuhnya.

Ra-rata netizen memuji keikhlasan serta keprihatinan pasangan ini memberi bantuan kepada insan yang memerlukan dan turut mendoakan agar Thaqif sembuh dari penyakitnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...