May 15th, 2013

Nama Eina Azman turut terpalit di dalam kontroversi di antara ibu Afiq Muiz dan anaknya. Eina dikatakan mengikis duit Afiq Muiz apabila wang sebanyak RM30,000 didapati hilang daripada akaun bank Afiq. Semalam, Eina mahu ibu Afiq Muiz memohon maaf padanya kerana tuduhan tersebut.

eina azman

Menurut Eina, dia tidak mengikis duit Afiq Muiz kerana dirinya sendiri ada duit. Kata Eina kepada Mstar Online:-

Saya sangat marah dan apabila ibu Afiq tuduh saya kikis duit dia, sekali pun saya tidak pernah ambil duit dia sebab saya ada duit sendiri. Saya harap dia tampil buat kenyataan bersihkan nama saya dan jika tidak saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap ibu dan adik-adiknya yang turut memburukkan saya di Twitter setiap hari

eina azman
Tambah Eina lagi, ibu Afiq Muiz pernah menelefonnya dan memarahi serta membuat tuduhan yang macam-macam. Kata Eina lagi:-

Emak dia pernah telefon saya dan marah-marah tuduh saya macam-macam disebabkan itu saya mesej mak dia, namun menggunakan bahasa baik dan bukan ugutan. Tujuan saya ingin menjernihkan keadaan dan supaya dia tidak berperasangkan buruk terhadap saya, itu pun sekali sahaja

Untuk makluman, Afiq Muiz dan Eina Azman dikatakan sedang bercinta namun perkara tersebut dinafikan oleh mereka berdua. Mereka berdua hanya kawan rapat, tidak lebih daripada itu. Afiq Muiz sering berkongsi masalah keluarganya dengan Eina Azman.


Comments are closed.

Loading...