Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Eina Azman Akui Sukar Jaga Anak Kembar

Memiliki anak kembar adalah impian hampir semua pasangan yang berkahwin bukan? Buat Eina Azman dan suaminya Datuk Paduka Kaiseer, ia adalah satu saat yang indah apabila dikurniakan sepasang cahaya mata kembar iaitu Karl Kareef dan Arianna Aubrey.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Eina tidak mahu berpura-pura dengan orang ramai  dan mengakui bukan mudah untuk beliau menjaga dua orang anak kembarnya yang sudah berusia empat bulan tanpa sebarang bantuan.

Saya tidak mahu berpura-pura kononnya saya boleh menjaga anak kembar saya tanpa bantuan kerana sebenarnya saya memang tidak mampu. Tugas itu terlalu berat tambahan pula mereka masih kecil dan saya perlukan pembantu untuk membantu saya menguruskan mereka.

Bagaimanapun ia bukan bererti saya melepaskan tanggungjawab kepada pembantu sebaliknya banyak perkara yang saya lakukan sendiri kerana tidak mahu ketinggalan saat melihat mereka membesar di hadapan mata saya.

Namun, Eina tidak dapat mengungkapkan dengan kata-kata akan perasaan serta pengalaman beliau menjadi ibu kepada dua bayi sekaligus. Ia nyata banyak mengubah dirinya sebagai seorang wanita.

Kalau keluar berdua dengan suami pun saya akan cepat-cepat pulang kerana rindukan anak dan begitu juga suami.

Ada masanya memang penat tetapi anugerah diberikan sepasang cahaya mata kembar ini banyak mengajar saya menjadi insan lebih baik.

Malah kata Eina, pada usia empat bulan mereka sudah mula pandai membebel dan keletah mereka itu menghiburkannya.

Advertisement

Dapat anak kembar ini memang best rasanya, lebih-lebih lagi melihat keletah mereka yang cukup comel. Kami harap anak-anak Eina akan membesar dengan sihat.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top