“Ehhh Umrah, Tak Bagi Tau Mak..” – Bonda Rozita Terkejut Menantu Pergi Umrah Tak ‘Inform’, Undang Respon Netizen

Kehidupan

“Ehhh Umrah, Tak Bagi Tau Mak..” – Bonda Rozita Terkejut Menantu Pergi Umrah Tak ‘Inform’, Undang Respon Netizen

Baru-baru ini, isteri kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Aliff Syukri, Datin Shahida ada memuat naik satu hantaran di Instagram yang memaklumkan dia telah berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah.

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah satu komen yang ditinggalkan ibu mentua Shahida iaitu Bonda Rozita di hantaran Instagram itu yang bertanyakan mengapa menantunya itu tidak memaklumkan mengenai keberangkatan mereka ke Tanah Suci itu.

Advertisement

Ehhh Umrah..? Tak bagi tau mak elok sembang dengan mak pagi tadi??

Datin Shahida kemudian membalas komen Bonda dan memberi alasan bahawa dia tidak sempat ‘inform’ kerana kelam kabut di pagi hari.

Menjengah ke ruangan komen, netizen meninggalkan pelbagai respon yang rata-ratanya pelik mengenai situasi itu.

Pelik benor anak menantu lupa nak bagitau pergi umrah, maybe sebab pergi umrah macam dah biasa macam pergi mall tu yang sampai lupa nak bagitau.

Namun ada juga yang meninggalkan komen berbaur nasihat agar tidak masuk campur dalam urusan hal keluarga usahawan itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Anis sofea haqiem rusli
1 year ago

"Lawa Sungguh, Macam Perempuan Korea" - Peminat Terpegun Lihat Penampilan Isteri Haqiem Rusli Ketika Di Kenduri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...