“Eh Pengecut Mana Fitnah Yang Kau Banggakan Sangat Tu?” – Izara Aishah Bergaduh Dengan Netizen

Hiburan

“Eh Pengecut Mana Fitnah Yang Kau Banggakan Sangat Tu?” – Izara Aishah Bergaduh Dengan Netizen

Sebelum ini, pelakon jelita Izara Aishah telah memuat naik hantaran di laman Twitter meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan sesetngah pihak mengenai isu anak kepada selebriti usahawan terkenal, Noor Neelofa iaitu Muhammad Bilal.

Menerusi hantaran tersebut, Izara berkata dia berasa jijik dengan manusia yang bertindak mencaci, mengutuk dan menghina anak kecil.

Advertisement

Susulan itu, pelakon berusia 30 tahun itu sekali lagi menjadi perhatian apabila dilihat ‘berperang mulut’ dengan netizen di laman Twitter.

Difahamkan, ada segelintir netizen yang mendakwa Izara sering mempertahankan rakan-rakan artis kerana ingin menjadi hero untuk setiap isu yang sedang hangat sebagai tindakan publicity stunt.

Bukan itu sahaja, netizen juga mempersoalkan tindakan Izara kerana menggunakan bahasa kesat terhadap teguran yang dilakukannya.

Tidak berdiam diri, Izara mengakui dia sedar dengan setiap perkataan yang dilemparkan dari mulut dan apa sahaja yang diperkatakan secara dalam talian mahupun luar talian.

Dalam hantaran lain, menantu kepada penyanyi nombor satu Malaysia, Dato Sri Siti Nurhaliza itu turut meluah rasa berang apabila ada individu yang menyebarkan fitnah terhadap dirinya.

Namun, hantaran tersebut dipercayai sudah dipadam dan tidak dapat dipastikan butiran fitnah yang dinyatakan oleh individu tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Berdengki Sungguh Dia Ni" - Dianggap Tak Hormat Pendakwah, Kenyataan Baby Shima Dikecam Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...