“Eh Hit*m, Rezeki Kau Tu Allah Sempitkan” – Hidayah Dapat Beli ‘Vellfire’, Instagram Ali Puteh Diserang & Dimaki Netizen

Hiburan

“Eh Hit*m, Rezeki Kau Tu Allah Sempitkan” – Hidayah Dapat Beli ‘Vellfire’, Instagram Ali Puteh Diserang & Dimaki Netizen

Baru-baru ini, balu arwah Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali berkongsi tentang berita gembira dia kini mampu miliki Toyota Vellfire.

Ramai netizen tumpang gembira dengan kejayaannya dalam menjalankan perniagaan sabun dan hasil kerja kerasnya kini bisnes itu semakin maju.

Advertisement

Rata-ratanya mengucapkan tahniah dan memberikan kata-kata semangat serta positif untuk Hidayah menerusi ruangan komen di video TikTok tersebut.

Bagaimanapun, menerusi Instagram adik arwah Abam, Ali Puteh memuat naik gambar menunjukkan dia diserang dengan kata-kata kesat oleh seorang individu.

Berdasarkan beberapa komen ditinggalkan oleh individu terbabit, dia melontarkan kata-kata hinaan terhadap Ali dan mendakwa rezekinya kini sempit kerana aniaya Hidayah suatu ketika dulu.

Dengar cerita akak ipar kau dah keluar Vellfire. Dulu bukan main tak kasi orang tu pakai. Rezeki kau tu Allah sempitkan.”

Ali bagaimanapun berkata dia menerima kata-kata itu dengan hati yang terbuka dan akan terus kuat untuk menjalani kehidupan mendatang.

Menerusi ruangan komen, ramai yang berpesan agar Ali tidak mengendahkan kata-kata seperti itu selain ramai yang berkata tentang imej individu tersebut memandangkan ‘profile picture’ digunakan menunjukkan wanita berpurdah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Alhamdulillah, Syukur"- Hasil Buat Bisnes, Balu Abam Bocey Berjaya Miliki 'Vellfire' Sendiri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...