“Eh Ada BF Baru Ke?” – Netizen ‘Approve’ Janna Nick Bercinta Dengan Nazim Othman

Hiburan

“Eh Ada BF Baru Ke?” – Netizen ‘Approve’ Janna Nick Bercinta Dengan Nazim Othman

Pelakon dan penyanyi iaitu Janna Nick telah memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram memaparkan beberapa keping foto bersama pelakon, Nazim Othman.

Menerusi hantaran tersebut, Nazim dilihat mesra melentokkan kepala ke arah Janna sambil mereka berdua ketawa riang.

Advertisement

Malah, Janna atau nama penuhnya Nurul Jannah Muner turut meluahkan rasa teruja apabila dapat meluangkan masa bersama pelakon berusia 38 tahun itu.

We could talk for hours & tak rasa bosan langsung. Tq for your time.

Susulan itu, perkongsian tersebut telah menimbulkan tanda tanya orang ramai sama ada penyanyi lagu Mentari Setia itu sudah mendapat pengganti bekas kekasihnya, Dini Schatzmann.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat menyokong sekiranya Nazim dan Janna benar-benar menjalinkan hubungan cinta dan mendoakan agar hubungan mereka berkekalan sehingga ke jinjang pelamin.

Sebelum ini, Dini Schatzmann memaklumkan bahawa dia akan mengumumkan status hubungan cinta dengan Janna Nick.

Namun, sehingga kini pasangan bekas kekasih itu masih mengunci mulut mengenai status perhubungan mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

alicia amin
1 year ago

Keluar Mahkamah Siap 'Payung' Lagu Janda Baek, Model Alicia Amin Bercerai Talak Satu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...