“Ego, Bongkak!” – Tiz Zaqyah Tak Faham Kenapa Perlu Tolak Vaksin

Hiburan

“Ego, Bongkak!” – Tiz Zaqyah Tak Faham Kenapa Perlu Tolak Vaksin

Tulis pelakon jelita, Tiz Zaqyah di akaun media sosial Facebooknya menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya mengambil suntikan vaksin COVID-19 yang telah disediakan oleh pihak kerajaan.

Tiz zaqyah
3 years ago

Batuk Dan Menggigil, Tiz Zaqyah Positif COVID-19

Advertisement

Tiz yang sebelum ini pernah dijangkiti COVID-19 juga bertanya kepada mereka yang menolak vaksin, apakah yang mereka mahukan dan apa yang ingin mereka lawan.

Ambillah vaksin. Manusia, manusia. Pasal kebaikan pun nak bergaduh. Ego. Bongkak. Semua orang dah vaksin, kamu saja belum.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ??? ?????? ???????? (@tiz.zaqyah)

Di ruangan komen hantaran tersebut, Tiz membalas beberapa komen netizen yang memberikan pelbagai alasan untuk menolak pengambilan vaksin.

Antara balasan Tiz adalah apabila ada netizen menyalahkan panggilan vaksinasi yang tidak diterima walaupun selepas mendaftar sejak April.

Kau yang tak nak usaha. Aku siap kena COVID-19 tunggu tiga bulan nak ambil vaksin. Alhamdulillah, aku dah ‘setel’.

Tiz zaqyah

Dalam hantaran sama, Tiz turut berkongsi pautan berita yang melaporkan mengenai Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang meminta laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dibuat terhadap seorang pengguna Twitter atas penyebaran berita palsu berhubung vaksin COVID-19.

Jadi, ambillah vaksin anda ye.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...