“Ego Awak Tak Tercalar Pun Kalau Bertanya..” – Hairi Safwan Bengang ‘Influncer’ Buat ‘Live’ Di Set, Bukan Nak Berlatih

Hiburan

“Ego Awak Tak Tercalar Pun Kalau Bertanya..” – Hairi Safwan Bengang ‘Influncer’ Buat ‘Live’ Di Set, Bukan Nak Berlatih

Baru-baru ini, pelakon Hairi Safwan telah membuka cerita dirinya tidak senang hati dengan seorang personaliti media sosial yang bersifat tidak profesional semasa berada di set pengambaran telefilem Hang Nak P Mana.

Menurut pelakon ini, pelakon tambahan itu mengambil masa hampir enam jam untuk menghabiskan satu babak. Katanya, babak itu bermula pada pukul 12 tengah malam hinggalah pagi keesokkan harinya.

Advertisement

Saya cuba ajak dia buat latihan dialog tapi itu pun agak tergagap.

Bagi saya, ego awak tak tercalar pun kalau bertanya. Masalah akan timbul kalau tak fokus dan dekat set pulak buat live.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hairi Safwan (@hairisafwan)

Tambahnya, semasa di lokasi, dia sempat melihat influencer tersebut mengambil skrip namun terus membuat live di TikTok seolah-olah tidak mengambil berat tentang babak yang perlu dibuat itu.

Pada awalnya, Hairi tidak keberatan untuk menolong individu tersebut memandangkan dia terlihat susah untuk selami karaktornya. Namun, influenecer tersebut yang tidak mahu berusaha membuatkan Hairi akhirnya lepas tangan.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

6 months ago

"Dia Lempar Ke Arah Saya..." - Pengarah Baling Kerusi Dekat Pelakon Sebab Tak Keluar Air Mata Buat 'Scene' Sedih

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...