Baru-baru ini, pelakon Hairi Safwan telah membuka cerita dirinya tidak senang hati dengan seorang personaliti media sosial yang bersifat tidak profesional semasa berada di set pengambaran telefilem Hang Nak P Mana.
Menurut pelakon ini, pelakon tambahan itu mengambil masa hampir enam jam untuk menghabiskan satu babak. Katanya, babak itu bermula pada pukul 12 tengah malam hinggalah pagi keesokkan harinya.
Saya cuba ajak dia buat latihan dialog tapi itu pun agak tergagap.
Bagi saya, ego awak tak tercalar pun kalau bertanya. Masalah akan timbul kalau tak fokus dan dekat set pulak buat live.
View this post on Instagram
Tambahnya, semasa di lokasi, dia sempat melihat influencer tersebut mengambil skrip namun terus membuat live di TikTok seolah-olah tidak mengambil berat tentang babak yang perlu dibuat itu.
Pada awalnya, Hairi tidak keberatan untuk menolong individu tersebut memandangkan dia terlihat susah untuk selami karaktornya. Namun, influenecer tersebut yang tidak mahu berusaha membuatkan Hairi akhirnya lepas tangan.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.