“Egg Boy” Derma Dana Yang Dikumpulnya Untuk Mangsa Serangan Masjid New Zealand

Trending

“Egg Boy” Derma Dana Yang Dikumpulnya Untuk Mangsa Serangan Masjid New Zealand

Siapa saja yang tak kenal dengan ‘Egg Boy’ yang pernah memecah telur mentah ke atas kepala Fraser Anning, ahli politik Australia yang membuat kenyataan menyalahkan mangsa selepas insiden tembakan rambang dilancarkan di Christchurch baru-baru ini.

Advertisement

Egg Boy atau nama sebenarnya Will Connolly 17 tahun akan memberikan sebahagian besar wang yang dikumpulnya untuk mangsa korban serangan masjid Christchurch.

Kejadian tersebut mendorong orang awam untuk mewujudkan satu halaman GoFundMe untuk mengumpul dana bagi membayar yuran guaman yang setakat ini telah meningkat hampir $42,000 bersamaan RM 117,730.

Bagaimanapun, individu yang mencipta halaman itu berkata, Connolly telah menghubunginya dan berkata dia komited untuk menyerahkan sebahagian besar wang tersebut kepada mangsa serangan pengganas di Christchurch.

 

Buat pertama kalinya, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern menyertai orang awam pada Ahad lalu untuk mengutuk kenyataan Anning.

Sumber: NZherald

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...