Written by Bella | September 16th, 2015

Perselisihan faham antara pengkritik tetap AF2015, Rozita Che Wan dan Pengetua AF215 Edry KRU antara topik hangat yang menjadi viral di media sosial sejak beberapa hari lalu.  Che Ta yang tidak boleh menerima teguran Edry menyifatkan pemuzik tersebut seorang yang tidak profesional sehingga beliau membuat keputusan untuk menarik diri daripada program realiti tersebut.

Kes ini juga mendapat perhatian seorang lagi pengkritik AF2015 iaitu Datuk Ramlis MS dimana beliau berpendapat Edry dan penonton salah faham mengenai tugas Che Ta.

Mengakui beliau juga pada mulanya mahu tergelak kerana Che Ta sering memberikan komen positif meskipun persembahan sesetengah pelajar teruk, tetapi aktres itu  hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pengkritik awam dan bukannya seorang yang pakar dalam bidang muzik.

Pada minggu pertama, diakui saya nak gelak dengan komen Che Ta yang terlalu positif walaupun persembahan pelajar itu teruk. Jadi saya nasihatkan dia untuk beri komen secara jujur sebagai seorang penonton dan dia buat. Dan saya sokong setiap komen-komen yang diberikan. Cuma dia tidak tahu menggunakan ayat-ayat sesuai orang seni muzik gunakan. Dia bukannya orang muzik.

Dia bercakap mengikut apa yang dia rasa dan saya faham maksudnya itu. Saya anggap isu ini timbul kerana salah faham mengenai tanggungjawab yang diberikan kepada Che Ta. Mereka tidak faham tugas Che Ta sebagai wakil orang awam.

Pada masa yang sama, Ramli MS berharap orang ramai tidak membandingkan beliau bersama Che Ta.

Jangan bandingkan dia (Che Ta) dengan saya. Jangan lihat dia sebagai pengkritik profesional kerana dia hanyalah pengkritik awam yang mewakili masyarakat luar sana.
Saya lihat Edry dan tenaga pengajar sangat prejudis dengan pihak pengkritik. Mereka tidak faham tugas Che Ta sehinggalah saya perlu menjelaskan semula kepada tenaga pengajar dan barulah mereka faham. Saya lihat Che Ta tidak bersalah dalam perkara ini.

Setiap orang ada pendapat masing-masing, tetapi mungkin langkah Che Ta untuk undurkan diri daripada program tersebut adalah wajar beliau pun sebelum ini menerima pelbagai kritikan daripad orang ramai di media sosial dan sedikit sebanyak ia boleh mengganggu emosinya juga nanti.

Sumber Berita: mStar Online

177 responses to Edry Tidak Faham Mengenai Tugas Che Ta – Ramli MS

  1. acik ita pose senget searah says:

    KRU mmg terer copycat tp mcm bodoh jer org2 bekap acik ita ni….makcik ni dahlah x pandai berlakon, menyanyi atu mengacar pastu jd juri af plak tu…tp astro kan mesti dia nak makhluk yg bermewah2 utk jenama dia..pasni apa plak role acik ni in future?

  2. juna says:

    Mak cik ni dah x laku lagi ….sbb tu lah meroyan…jual tudung jelah…tudungnya pun cam x laku jer…orang awam pun x berkenan…pakai sendiri jerlah,,,,

  3. milah says:

    lakun gedik2 jerlah mak cik..

  4. Sesuatu says:

    Yang acah2 komen kata realiti Tv ni tak bagus la, konon tak heran la rancangan realiti tv dekat Malaysia ni, kalau dah rasa diri tu ilmiah sgt, kenapa masih ada masa layan blog2 gossip mcm ni and siap tglkan komen.

    Ni la perangai org Malaysia, lebih specific org Melayu. Cakap hoha hoha, tapi diri sendiri pun entah apa-apa.

    • Dr. Dre says:

      Laaa ikut suka deme la. Namanya pon blog gossip. Tempat biasa untuk meluahkan perasaan kot. Takkanla nak p luahkan kat persatuan seniman (macamla diorg heran) lol. Normal la ada komen yang suka and ada yang tak suka. Cara kau cakap ni macam hanya orang orang yang rasa diri dia ngok je yang layak layan blog blog gosip.

  5. ANTI OTAK SEMPIT says:

    Majoriti yg kritik KRU di sini hanya pandai menghentam dan sememangnya anti KRU, full stop. Agak kelakar anda keluarkan hujah KRU komposer copycat, sedangkan sumbangan anda kepada negara? kritikan anda ibarat KRU ni setaraf eddie hamid dan komposer bertaraf juara kampung. itulah realitinya bangsa melayu yg ada sekarang ini. teruk2 KRU pun lagu dorg juga yg menaikkan nama Feminin, Rabbani, Ezlynn, tak lupa juga Anita Sarawak, Anuar Zain dan sebagainya. Tahukah anda KRU turut diberi mandat untuk membuat album OST bagi filem animasi pertama Malaysia, Silat Lagenda. Artis-artis terkenal tanahair seperti Ella, Zainal Abidin, Ning Baizura dan Sheila Majid, Sharifah Aini, Amy Search mendendangkan lagu-lagu ciptaan KRU. Mungkin waktu itu anda masih lagi menyusu. Ternyata KRU bukan sahaja berkebolehan mencipta lagu berentak dance malah trio adik beradik ini mampu mencipta lagu berentak rock, pop, RnB, Hip Hop, melayu asli dan banyak lagi. Kaji dulu sebelum nak menghentam. Sedangkan banyak komposer terkemuka negara hanya tersekat dengan satu atau dua genre lagu. Ini fakta bukan persepsi seperti yg anda hujahkan. Last sekali tahukan anda Edry berjaya memecah dominasi Datuk M Nasir sebagai komposer yang menerima royalti tertinggi pada tahun ini? Mungkin anda malas nak membaca dan mencari fakta. Muzik itu subjektif jadi jgn sempitkan kepala otak anda dengan pemikiran sempit anda…Orang dah menjelajah satu dunia anda masih di rumah hanya pandai mengkritik…tahniah melayu ku!!!

  6. sayang says:

    Betul tu sokonglah pemuzik2 yang berkarya …yg gedik2 perasan popular sedarlah dah tua ikut cara tualah jgan nak pakai baju sendat nak bagi tengok dunia dialah tercantikkkk…

  7. amy says:

    gedik x mendatangkan faedah….fitnah jer lah mak cik….sedarlah..

  8. amirah says:

    nak cari glamor biar seiring…yg boleh membanggakan industri bukan gosip2 gambar sana sini…bakat tu penting klu x berbakat simpan jerlah harap bulu mata jer baik x yah…

  9. roza says:

    kalau setakat komen baju awak macam baju tidur, awak lembut , awak hansem nnati saya beli cidi awak baik duk umah jerlah nampak sangat x berilmu dlm muzik…krik krik krik

  10. awang says:

    gedik2 heeeee….

  11. Anonymous says:

    Kelako btui la korang nih.. ckp psl muzik segala bgai nk rak..dlm fon, pc penuh lagu download free… x caya sila chek gadjet memasing…#ops!!
    Termalu sendiri…

  12. lala says:

    che ta mmg tak berapa pandai komen. memanglah komen tntang persembahan but mmg takde kena mengena dgn persembahan student. komenlah tntang penggunaan pentas ke , gaya tubuh ke apa