Kes ini juga mendapat perhatian seorang lagi pengkritik AF2015 iaitu Datuk Ramlis MS dimana beliau berpendapat Edry dan penonton salah faham mengenai tugas Che Ta.
Mengakui beliau juga pada mulanya mahu tergelak kerana Che Ta sering memberikan komen positif meskipun persembahan sesetengah pelajar teruk, tetapi aktres itu  hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pengkritik awam dan bukannya seorang yang pakar dalam bidang muzik.
Pada minggu pertama, diakui saya nak gelak dengan komen Che Ta yang terlalu positif walaupun persembahan pelajar itu teruk. Jadi saya nasihatkan dia untuk beri komen secara jujur sebagai seorang penonton dan dia buat. Dan saya sokong setiap komen-komen yang diberikan. Cuma dia tidak tahu menggunakan ayat-ayat sesuai orang seni muzik gunakan. Dia bukannya orang muzik.
Dia bercakap mengikut apa yang dia rasa dan saya faham maksudnya itu. Saya anggap isu ini timbul kerana salah faham mengenai tanggungjawab yang diberikan kepada Che Ta. Mereka tidak faham tugas Che Ta sebagai wakil orang awam.
Pada masa yang sama, Ramli MS berharap orang ramai tidak membandingkan beliau bersama Che Ta.
Jangan bandingkan dia (Che Ta) dengan saya. Jangan lihat dia sebagai pengkritik profesional kerana dia hanyalah pengkritik awam yang mewakili masyarakat luar sana.
Saya lihat Edry dan tenaga pengajar sangat prejudis dengan pihak pengkritik. Mereka tidak faham tugas Che Ta sehinggalah saya perlu menjelaskan semula kepada tenaga pengajar dan barulah mereka faham. Saya lihat Che Ta tidak bersalah dalam perkara ini.
Setiap orang ada pendapat masing-masing, tetapi mungkin langkah Che Ta untuk undurkan diri daripada program tersebut adalah wajar beliau pun sebelum ini menerima pelbagai kritikan daripad orang ramai di media sosial dan sedikit sebanyak ia boleh mengganggu emosinya juga nanti.