Edry Sahkan Yusry KRU Bercinta Dengan Lisa Surihani?

Hiburan

Edry Sahkan Yusry KRU Bercinta Dengan Lisa Surihani?

yusry dan lisa
Malam semalam semasa konsert Mentor, Yusry KRU sepatutnya hadir untuk membuat persembahan bersama protege Edry, Iqa. Tetapi Edry telah memaklumkan ketidak hadiran Yusry. Lebih kurang beginilah ayat Edry:-

Yusry tidak dapat hadir pada malam ini kerana sibuk bercinta dengan kekasih barunya, “L”

Advertisement

Siapakah “L”? Adakah Linda Onn? Adakah Liyana Jasmay? Adakah Hantu Kak Limah? Sesungguhnya “L” itu tak lain tak bukan ialah Lisa Surihani. Menurut Bipo semalam pun, Yusry mengakui yang dia senang berkawan dan mulai rapat dengan Lisa sejak 2 bulan yang lalu. Tetapi Lisa menafikan yang dia dan Yusry bercinta. Kemungkinan besar mereka berdua sedang mengenali hati budi masing-masing.

Kepada Yusry, jagalah Lisa baik-baik. Jangan dipermainkan hati Lisa. Kalau hati Lisa remuk kerana kamu, bersiap sedialah menerima penangan daripada Abang Nara. Kepada Lisa, kalau benar kamu sudah jatuh cinta dengan Yusry, semoga berbahagia di sampingnya. Kepada peminat Lisa, doakan yang terbaik untuk mereka berdua.

***Entri ini tidak dapat diteruskan kerana terlalu sedih.

P.S: Hypp TV pastinya akan merevolusikan cara anda semua menonton TV selama ini. Dengan pelbagai rancangan-rancangan televisiyen yang menarik, anda wajib tahu dan wajib bagitahu kawan-kawan anda tentang kewujudan Hypp TV.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...