July 28th, 2015

Akademi Fantasia datang lagi (sila baca dengan nada iklan Tora). Untuk kesekian kalinya, program hiburan realiti yang pernah menjadi kegilaan rakyat Malaysia satu ketika dahulu bakal bermula pada Ogos ini. AF2015 kali ini menyaksikan Edry Abdul Halim yang turut dikenali dengan nama Edry KRU sebagai pengetua. Berdasarkan pengalaman luas Edry di dalam industri muzik tanah air, pemilihan ini adalah amat tepat sekali. Sebelum ini Edry juga pernah menjadi juri tetap Akademi Fantasia.

edry kru

Selain Edry KRU, turut dilantik ialah Acis sebagai Pengarah Muzik Konsert, Shahrol sebagai Guru Vokal, Fatimah Abu Bakar sebagai Guru Motivasi dan Bahasa Inggeris, Linda Jasmine sebagai Guru Tarian dan Kareografi, Fauziah Nawi sebagai Guru Seni Persembahan dan Que Haidar sebagai Guru Pementasan. Apa pun senarai 16 peserta akhir AF2015 sudah pun dikeluarkan. Sekali pandang kesemuanya nampak ada pakej yang lengkap.

edry kru

Baca artikel ini sepenuhnya untuk mengetahui senarai penuh 16 pelajar AF2015. Sumber Berita Harian.

LELAKI: SHARUL; [Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman, 19, Negeri Sembilan]; IQWAN; [Muhammad Ikhwan Alif Salim, 20, Perak], SYAMEL; [Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 22, Kuala Lumpur], OPENG; [Anthonasius Jadil, 23, Sabah], FAROQ; [Muhammad Amyroulfarouk Mohd Nor, 23, Melaka], SUFI; [Mohammad Sufie Rashid, 24, Singapura], SYAHID; [Khairul Mohd Syahid Abu Hassan, 27, Melaka] dan WILI; [Suili George, 28, Sabah].

WANITA: BILA; [Nurnajmi Nabila Samsaidi, 19, Kuala Lumpur], ZIQA; [Nurhusnina Haziqah Naharuddin, 19, Johor], ARISA; [Sharmaine Arissa Shahrudin, 21, Selangor], AZIAH; [Aziah Awang, 21, Sabah], IFA; [Sharifah Nabilah Syed Azhar, 21, Kedah], LISA; [Allyssa Joanne Anak Jambi, 22, Sarawak], RACHEL; [Ang Hui San (Rachel), 23, Pahang] dan DALILA; [Nurdalila Mohamed Yusof, 23, Singapura].


Comments are closed.

Loading...