September 4th, 2013

Abang Nara memang pernah dengar khabar angin ini. Daripada apa yang Abang Nara baca, lagu-lagu ciptaan Edry KRU dikatakan menciplak lagu daripada negara luar terutamanya Korea Selatan. Malah di dalam sebuah forum, siap ada perbandingan dilakukan antara lagu Edry dan lagu-lagu yang dikatakan diciplak olehnya.

edry kru

Berkata kepada Mstar Online, Edry menganggap tuduhan itu sebagai mengarut dan mengambilnya sebagai tidak serius. Kata Edry:-

Advertisement

Saya rasa, dakwaan sebegitu bukan sahaja berlaku pada diri saya tetapi juga komposer-komposer lain. Apa yang mereka dakwa itu mengarut. Hairan dibuatnya apabila mereka boleh katakan lagu ‘A’ sama dengan ‘B’ atau lagu ‘C’ sama dengan ‘A’.

Tahukah mereka bahawa dalam muzik ada 12 nota sahaja? Maka ia akan ditukar-tukar dan semestinya akan ada yang kedengaran hampir sama dengan lagu yang sedia ada serta karya yang dicipta.

Bagaimanapun ia sedikit pun tidak mengganggu kerja saya dalam menghasilkan pelbagai karya lagu,

edryTuduhan kaki ciplak sememangnya agak berat untuk pencipta lagu. Apa pun, Abang Nara akui lagu-lagu rekaan Edry memang berhantu dan catchy. Sekali dengar memang boleh terus layan. Ciplak atau tidak, biarlah hanya empunya badan yang tau. Kita sebagai pendengar layankan sahaja lagu-lagu yang berkumandang di radio. Tak gitu?

Advertisement

Comments are closed.

Loading...