Edisi Khas iPhone 11 Pro Berharga RM26,000 Mempunyai Tandatangan Dan Cebisan Baju Steve Jobs

Teknologi

Edisi Khas iPhone 11 Pro Berharga RM26,000 Mempunyai Tandatangan Dan Cebisan Baju Steve Jobs

Syarikat dari Russia, Caviar sememangnya terkenal dengan kolaborasi mewah dan unik bersama produk Apple iaitu iPhone. Kali ini satu edisi khas diperkenalkan yang mungkin akan mendatangkan kegilaan kepada peminat syarikat Apple.

Caviar melancarkan edisi khas iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max dengan tulisan nama Steve Jobs bersama cebisan bajunya yang diletakkan pada logo Apple bersama kerangka titanium.

Advertisement

Harga permulaan bagi edisi ini bermula pada RM26,338 dan meningkat mengikut saiz dan model yang dipilih. Tapi hanya ada sembilan unit sahaja yang dihasilkan!

iphone 11

Cebisan baju pada logo Apple

Harga yang ditawarkan untuk iPhone 11 Pro bermula pada RM26,338 (64GB), RM27,638 (256GB) dan RM29,274 (512GB). Manakala iPhone 11 Pro Max berharga RM28,267 (64GB), RM29,567 (256GB) dan RM31,203 (512GB).

Selain koleksi ini, Caviar juga ada menghasilkan koleksi mewah lain yang menampilkan juara tinju dunia Mohammad Ali dan Joe Frazier. Edisi khas ini menampilkan cebisan sarung tangan tinju yang digunakan mereka dan bermula pada harga $11,960 (RM50,173).

iphone 11 pro
Terdapat juga koleksi edisi The Beatles yang menampilkan cebisan empat fabrik yang dikatakan diambil daripada pakaian suit ahli kumpulan ini. Harga bermula pada $11,190 (RM46,943) mengikut model yang dipilih.

iphone the beatles
Rasanya yang mana satu menjadi pilihan anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...