Selain perkataan ‘Char Kway Teow’, ‘Chicken Rice’ dan ‘Rendang’ juga telah tersenarai antara 500 perkataan, ungkapan dan deria yang diiktiraf oleh kamus, Oxford English Dictionary (OED) dalam kemaskini bulan Septembernya baru-baru ini.
Terdapat lapan lagi perkataan diiktiraf oleh kamus yang berusia 150 tahun itu, iaitu ‘Aiyah’, ‘Aiyoh’, ‘Ang Pow, ‘Atas’, ‘Balut’, ‘Bodoh’, ‘Kopitiam’, dan ‘Mamak’.
Semua 11 perkataan itu digunakan secara meluas dan mudah difahami oleh kebanyakan daripada lebih 29 juta penduduk multi-etnik di Malaysia.
‘Bodoh’ yang bererti ‘sukar mengerti’ oleh Edisi Keempat Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, tidak disangka diiktiraf oleh OED dan ia dirujuk sebagai kata sifat atau nama.
Dianggap secara meluas sebagai autoriti mengenai Bahasa Inggeris, kamus itu dikemaskini setiap tiga bulan, kemaskini seterusnya pada Disember 2016.
Sumber: Kosmo Online