Pernah hangat dengan isu penipuan rumah murah yang melibatkan jutaan ringgit, kini Boy Iman sekali lagi mencetuskan sensasi di media sosial apabila memuat naik foto kononnya beliau merupakan calon pelajar PhD di Universiti Malaya dalam bidang pengurusan perniagaan.
Ramai yang tidak percaya sebenarnya beliau adalah pelajar di universiti terkemuka tersebut. Akhirnya Boy Iman sekali lagi kantoi menipu apabila pihak UM menerusi akaun Facebook mereka secara rasmi mengesahkan nama Noruliman A. Rahman tiada dalam senarai pendaftaran sebagai salah seorang calon PhD ataupun Doktor Falsafah Di UM.
Susulan daripada kes tersebut, ramai netizen yang mengecam Boy Iman dan ada yang meminta pihak UM mengambil tindakan terhadap Boy Iman atas penipuannya itu termasuklah memalsukan kad pelajar.
Walaubagaimanapun, Boy Iman seakan hendak menegakkan benang yang basah dan meminta orang ramai menunggu hari konvokesyennya nanti.
Saya rasa dah macam Raja Viral. Semua yang saya lakukan akan menjadi perbualan banyak pihak. Serba salah jadinya. Biarlah masa menentukan. Tunggu sahaja hari konvokesyen berlangsung kelak.
Rakyat Malaysia tidaklah begitu naif untuk percaya isu mengarut seperti ini apatah lagi pihak UM juga sudah membuat penafian. Kalau hendak popular sekali pun, janganlah asyik terus menipu.
Anonymous
April 9, 2018 at 4:38 pm
Agaknya dia tak faham PHD tu apa kot..Aku buat master pun setengah gilerrrr..berapa Kali tumpah airmata hrmmmm..tangguh dulu nk smbg PHD ni..otak jammed nk rest dulu..masuk BN ..gelak2..
030303
April 10, 2018 at 8:15 am
haha aku pon sama masuk BN nak ketawa2.. sebelum tu pulun baca benda serius
UIA
April 9, 2018 at 4:23 pm
kesian UM. tak pasal2 terheret dgn kebongokan lelaki ini.