Baru-baru ini, viral di media sosial mengenai kuih cakoi dengan pelbagai topping. Cakoi dengan pelbagai topping dan perisa ini dijual dengan harga RM 2.50 satu, dan mendapat pujian netizen kerana sedap. Cakoi ini ialah hasil perniagaan gerai Mr. Sam, berdekatan Hotel Thistle di Johor Bahru dan menawarkan pelbagai perisa, antaranya cakoi cheese, cakoi coklat, cakoi chicken floss dan banyak lagi.
Seperti biasa, bila dah viral pastinya idea tersebut akan ditiru oleh orang lain. Namun seorang pengguna Facebook mengutarakan rasa kurang senang kerana ada yang mengambil kesempatan menggunakan gambar cakoi viral Mr. Sam untuk mengiklan produk cakoi sendiri dan turut membuat perbandingan harga.
Namun begitu ada juga memberi komen untuk mengabaikan saja iklan tersebut kerana Cakoi Mr. Sam sudah terkenal dan viral dan tidak tergugat dengan saingan tersebut.
Begitupun, menggunakan gambar produk entiti perniagaan lain untuk mengiklankan produk sendiri memang tidak patut dilakukan. Bagaimana jika produk sebenar tidak menepati rasa, saiz dan perisa dalam gambar? Apa pendapat anda?-amazingnara.com
P/S: Ini pula gambar cakoi pelbagai perisa gerai Mr. Sam di Johor Bahru yang viral. Ramai kata sedap. Cubalah!