Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Edika Yusof Persoal Tak Layak Terima BPN, Peminat Sebak Mungkin Sebab Sudah Ada Bisnes Sendiri

edika yusof tak dapat bpn

Walaupun dunia selebriti nampak gah di luarnya tapi ramai yang tidak menyangka bahawa banyak juga dugaan yang terpaksa dihadapi kebanyakan kru dan juga pelakon di belakang tabir.

Sejak kisah pelakon veteran Norlia Ghani tidak mendapat Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tular sejak beberapa hari lepas, seorang lagi pelakon lama lain turut tampil berkongsi berita yang sama.

Advertisement

Edika Yusof yang popular sejak tahun 90-an mengakui bahawa dia juga tidak mendapat bantuan tersebut meskipun kini bekerja sepenuh masa sebagai pelakon.

edika yusof tak dapat bpn

Seperti yang semua ketahui bahawa lelaki ini mula mengurangkan aktiviti lakonannya selepas isteri kesayangan, Norhidayah yang lumpuh sejak 15 tahun lepas. Masa terluang yang ada digunakan untuk merawat dan menjaga wanita tersebut.

edika yusof dan isteri

Meskipun meluahkan mengenai perkara yang serius, tapi ada juga individu yang berseloroh kasar dan bertanyakan destinasi luar negara mana pula yang Edika bakal pergi melancong tahun depan.

Advertisement

Namun lelaki itu tidak melenting dan membalas bahawa kali terakhir dia ke luar negara adalah semasa masih lagi bertugas sebagai pramugara belasan tahun yang lepas sebelum isterinya lumpuh.

edika yusof tak dapat bpn

edika yusof tak dapat bpn

Kasihan mendengarkan rintihan Edika, rata-rata peminat telah menyuarakan pendapat agar pelakon itu melakukan rayuan BPN dan berkemungkinan besar permohonannya ditolak adalah kerana dia mempunyai bisnes sendiri.

edika yusof tak dapat bpn

Semoga urusan Edika dipermudahkan.

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. minah jambu say STAY AT HOME !!

    May 15, 2020 at 11:59 am

    dia berhak membawa keluarga nya bercuti ke luar negara kenapa tidak? skali2 nak jugak bawa isteri gi melancong tkda sebab nak cakap tidak boleh..lov edika saorang lelaki yg setia pada isteri dan keluarga nya..semoga di murahkn rezeki..

  2. Anonymous

    May 15, 2020 at 11:18 am

    Dah macam bunyi indon pula guna perkataan tebak2 ni.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top