Edika Yusof Jawab Isu Komen Kerap ‘Hai’ Di Akaun Model Seksi – “Kalau Curang Buat Apa Tunjuk Di Media Sosial?”

Hiburan

Edika Yusof Jawab Isu Komen Kerap ‘Hai’ Di Akaun Model Seksi – “Kalau Curang Buat Apa Tunjuk Di Media Sosial?”

Gara-gara sering meninggalkan komen sapaan ‘hai’ kepada model seksi di media sosial, Edika Yusof dilabel lelaki buaya darat dan berlaku curang terhadap bekas isterinya, Nor Hidayah Yusri.

Difahamkan, tindakan Edika itu dipersoal warga maya khususnya di Threads kerana dianggap tidak wajar apatah dia kini berdepan kontroversi dalam rumah tangga meskipun sudah bercerai.

Advertisement

Edika kemudian tampil membuat penjelasan di mana dia berkata tindakannya itu hanya ingin mencipta peluang perniagaan.

Saya nak hai buat apa saya nak tunjuk dekat sosial media? Saya tak pernah ada rekod curang. Kita ada buat produk skincare, wife saya tak pandai berkomunikasi dengan overseas punya model.

Dan saya pula model international jadi saya tahu macam mana mahu berkomunikasi sebab kita nak masukkan produk kita ke tahap antarabangsa.

Edika jawab soalan sering cakap hai di threads perempuan cantik

Jadi, saya hai sahaja. Not more than that. Hai sahaja then kita tengok macam mana? Boleh berkolaborasi atau sebaliknya untuk produk kita.

Terdahulu, Edika dan Nor Hidayah telah bercerai talak satu pada Isnin lalu setelah 21 tahun hidup berumah tangga.

Nor Hidayah memaklumkan dia mengalami keganasan rumah tangga sepanjang hidup bersama Edika dan pelakon itu meluahkan hasrat untuk kembali bersama isteri dalam tempoh iddah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

edika yusof sah cerai
3 days ago

"Saya Terpaksa Buat, Harap Dia Faham" - Edika Yusof Sah Bercerai Talak Satu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : xtra

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...