Pelakon terkenal Edika Yusof bersyukur apabila hubungan rumah tangganya bersama isteri, Nor Hidayah Yusri, kembali pulih selepas mereka mengambil keputusan untuk rujuk semula.
Menurut Edika, keputusan tersebut dibuat selepas perbincangan kedua-dua belah pihak yang mahu memberi peluang kedua dan meneruskan ikatan perkahwinan yang telah lama terjalin.
Kami masih dalam proses, tapi peratus nak berbaik itu ada. Kami pun sudah berbaik dan bersetuju untuk meneruskan perkahwinan ini. Kami juga sedang tunggu surat mahkamah namun belum tinggal bersama.
Pelakon drama Andai Itu Takdirnya itu turut mengakui bahawa setiap rumah tangga pasti berdepan dengan ujian dan cabaran. Katanya, keutamaannya kini adalah kebahagiaan keluarga dan menjaga hubungan dengan anak-anak.
Saya tak pernah putus asa untuk berbaik. Dia pun berusaha untuk beri ruang. Bila bertemu kami bincang masalah masing-masing. Keluar rumah pun tak ada gaduh-gaduh
Terdahulu, kisah keretakan rumah tangga Edika Yusof mendapat perhatian ramai selepas beliau mengesahkan sudah bercerai pada April lalu. Namun begitu, hubungan mereka kekal baik demi anak-anak.
Perkhabaran rujuk semula ini disambut positif oleh peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaan pasangan ini, terutama selepas melihat keteguhan Nor Hidayah yang selama ini setia menemani Edika ketika susah dan senang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.