Aplikasi tiruan Flappy Bird, satu aplikasi permainan percuma yang melanda dunia bagaikan ribut, mungkin akan muncul di mana-mana platform, tetapi aplikasi asalnya telah ‘hilang buat selamanya’.
Nguyen Ha Dong, pembangun aplikasi tersebut telah menarik aplikasinya yang popular dan menguntungkan itu Ahad lepas, kerana dia fikir permainan itu menimbulkan ketagihan yang melampau.
Dia yang berasal dari Vietnam dan tinggal di Hanoi dipercayai menolak keuntungan yang dijangka mencapai $50,000 sehari hanya melalui pengiklanan.
Ia menjadi produk yang menimbulkan ketagihan. Saya rasa ini menimbulkan masalah.
Untuk menyelesaikan masalah itu, saya berpendapat adalah sesuatu yang terbaik bagi saya untuk menarik semula pengedarannya. Kini ia hilang selamanya.
Flappy Bird adalah permainan bimbit percuma di Apple App Store dan Google’s Android Play Store.
Temuramah eksklusif berhubung penarikan ini dijalankan di tempat rahsia di Vietnam, berkemungkinan kerana Dong telah menerima ancaman bunuh disebabkan keputusannya itu.
Lelaki berusia 29 tahun itu menjadi popular, dan kerana kejayaan aplikasi itu, Timbalan Perdana Menteri Vietnam turut mengaturkan pertemuan dengan Dong.
Dong mengumumkan di Twitternya Sabtu lepas yang dia akan menarik semula aplikasi tersebut sambil meminta maaf kepada semua pengguna Flappy Bird.
Ini menyebabkan dia menerima pelbagai reaksi termasuk ugutan bunuh:
‘YOU BEST NOT BE DELETING FLAPPY BIRD BECAUSE I WILL MURDER YOU IF U DO,’
Manakala seorang lagi memberitahu:
‘I’ll find you and I’ll kill you.’
Laporan asal: Dailymail UK