Ed Sheeran, Adele Versi Lelaki

Hiburan

Ed Sheeran, Adele Versi Lelaki

Abang Nara jarang sebenarnya mengikuti perkembangan dunia muzik luar negara. Kalau tahu pun, lagu macam Adele yang selalu dimainkan di radio. Yang lain serius Abang Nara agak tak kenal. Namun apabila kawan Abang Nara suruh tengok video Ed Sheeran di bawah, Abang Nara terus teruja.

Advertisement

Maka Abang Nara pun dengan pantas mencari info tentang Ed Sheeran ini. Hebat rupanya dia ini. Album pertamanya ‘+’ telah terjual sebanyak 102,000 di minggu pertama sekaligus menobatkannya sebagai Biggest Selling Debut Album untuk penyanyi UK lelaki. Malah album ‘+’ ini turut berjaya menjadi Biggest Selling Digital Sales Hebat gila kan?

ed sheeran

Buat masa ini, Facebook Ed Sheeran telah pun mempunyai 1.3 juta fans dan follower Twitter sebanyak 1.8 juta. Kalau itu tidak mengkagumkan anda, YouTube Channel Ed Sheeran telah pun mendapat 41 juta view sepanjang 6 bulan yang lepas. Terkesima sekejap Abang Nara bila membaca info-info ini.

ed sheeran

Jadi untuk anda yang belum mengenali siapa itu Ed Sheeran, silakan melawat laman YouTube Ed Sheeran untuk menghayati lagu-lagu popularnya seperti The A Team, You Need Me, I Don’t Need You dan banyak lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

20 Comments

  1. Pingback: Ed Sheeran, Bintang Muda Yang Terus Menyinar! | My Blog

  2. Pingback: Ed Sheeran, Bintang Muda Yang Terus Menyinar! | OHBULAN!

  3. hmm

    April 20, 2012 at 6:50 am

    Aduh, VC ni menceritakan bekas pelacur yg melacurkn diri gara2 hendak membeli pill haram. lepas tu dia menyesal.. then berubah mencari rezeki halal dtengah2 kota… ala2 lagu kupu2 mlm ariel peterpan.. tp si Ed panggil “bekas pelacur” ni dgn Angel.. bagus cerita dia.tp video clip ni melampau skit2,cubalah sensor part2 yg sensitive-yg menyalakan api,sedut2 benda tu.. omputih ni trllu open bebetol..

    • Rozita Chef Wan

      April 20, 2012 at 5:35 pm

      dengor lagu je dah kak. banyak lagi perkara yang lebih lagho ada kat youtube tu. pacu laju2 anyway.

  4. Lagubestbest

    April 19, 2012 at 7:31 pm

    Taste lagu UK laen lah. Lebih pada lagu-lagu gig remaja/student. Sebab tu jarang radio nak amek pot kot.

  5. White Shadow

    April 19, 2012 at 6:42 pm

    Kenal Ed Sheran ni..
    Lagu die ‘Lego House’ yg paling aku suke..
    Cer dengo.. =)

    • bkn die hard fan neelopa

      April 19, 2012 at 8:19 pm

      aaaa muka die dlm klip vid lego house sebijik mcm hero kedua dlm harry porter tu, nama ape tah

Loading...