April 19th, 2012

Abang Nara jarang sebenarnya mengikuti perkembangan dunia muzik luar negara. Kalau tahu pun, lagu macam Adele yang selalu dimainkan di radio. Yang lain serius Abang Nara agak tak kenal. Namun apabila kawan Abang Nara suruh tengok video Ed Sheeran di bawah, Abang Nara terus teruja.

Maka Abang Nara pun dengan pantas mencari info tentang Ed Sheeran ini. Hebat rupanya dia ini. Album pertamanya ‘+’ telah terjual sebanyak 102,000 di minggu pertama sekaligus menobatkannya sebagai Biggest Selling Debut Album untuk penyanyi UK lelaki. Malah album ‘+’ ini turut berjaya menjadi Biggest Selling Digital Sales Hebat gila kan?

ed sheeran

Buat masa ini, Facebook Ed Sheeran telah pun mempunyai 1.3 juta fans dan follower Twitter sebanyak 1.8 juta. Kalau itu tidak mengkagumkan anda, YouTube Channel Ed Sheeran telah pun mendapat 41 juta view sepanjang 6 bulan yang lepas. Terkesima sekejap Abang Nara bila membaca info-info ini.

ed sheeran

Jadi untuk anda yang belum mengenali siapa itu Ed Sheeran, silakan melawat laman YouTube Ed Sheeran untuk menghayati lagu-lagu popularnya seperti The A Team, You Need Me, I Don’t Need You dan banyak lagi.


20 responses to “Ed Sheeran, Adele Versi Lelaki”

  1. kay says:

    rupert grint miming ja dlm video ckip lego house tu. d exact him is d one yg last tu. tkkn planduk 2 serupa. i pun tkjut gk mula2.. haha..but nice song lah. ini mmg THE VOICE. ;)

  2. pateh anom says:

    Salam,
    Bukan ke video di atas menunjukkan kelakuan perempuan yang tidak elok di samping menunjukkan klip she is drugging herself? Walaupun lagunya best tapi video klip ni tak sesuai untuk tontonan umum….

  3. directioners says:

    lagu-lagu dia best gila! UK punya penyanyi semua best2!

Loading...