Ebit Lew Sumbang RM500 Seorang Dan Barangan Dapur, Hargai Jasa Badut Penghibur

Kehidupan

Ebit Lew Sumbang RM500 Seorang Dan Barangan Dapur, Hargai Jasa Badut Penghibur

Terbaru, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew meneruskan misi dakwahnya telah berjumpa dan menyantuni kumpulan badut penghibur di sekitar Ipoh, Perak tadi.

Momen tersebut telah dikongsi di laman Facebook rasminya, Ebit Lew meluahkan rasa sebak apabila mendengar cerita individu yang bekerja sebagai badut.

Katanya, golongan itu turut berkongsi kesedihan apabila hampir setahun tidak mempunyai kerja susulan penularan wabak Covid-19.

Advertisement

Sumber : Facebook Ebit Lew

“Jiwa mereka dah sebati sebagai penghibur, gembira tengok anak kecil ketawa dan gembirakan orang lain. Setahun lebih dah tiada kerja selain dan perlu buat macam-macam kerja lain,” tulisnya.

Tambah pendakwah ini, kakak yang duduk disebelahnya juga bekerja sebagai seorang badut dan merupakan ibu tunggal.

“Duit yang dapat dia guna untuk beri makan pada anjing dan kucing. Muka nampak muda, malah ada yang sudah berumur 50-an”

“Tadi (dia) hadir berdua dengan anaknya yang juga bekerja sebagai penghibur. Dari muda kerja cari rezeki sebagai penghibur,” katanya.

Ebit Lew juga sempat berfoto kenangan bersama penghibur yang sudah sebati jiwanya dalam bidang itu.

Sumber : Facebook Ebit Lew

 

Ebit Lew turut memberi sumbangan sebanyak RM500 seorang dan sedikit barang dapur kepada kumpulan itu serta turut berdoa urusan mereka dipermudahkan.

Mulia sungguh hati Ebit Lew, semoga perkongsian ini membawa manfaat untuk kita terus melakukan kebaikan. Aamiin.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...