October 20th, 2020

Pendakwah bebas yang terkenal dengan sifat dermawannya, Ustaz Ebit Lew tampil membeli 2 lori tangki air untuk diagihkan kepada penduduk di Lembah Klang yang terjejas ekoran gangguan bekalan air yang berlaku disebabkan pencemaran bau di Sungai Selangor.

Menurutnya, pengagihan air di pinggiran Batu Caves, Gombak belum selesai sehingga kini sejak semalam.

Perkara itu dikongsi sendiri olehnya menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.

https://www.instagram.com/p/CGjDO-vlC7M/?igshid=ja07byabentr

“Bila saya tengok rumah saya tiada air, saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang di luar sana. Ya Allah, sekali tengok orang beratur. Paling sayu pakcik makcik tua-tua nak air, ada yang saya minta pembantu saya bantu angkatkan. Ada adik kecil-kecil datang ambil air, untuk masak dan minum agaknya.”

Dedahnya lagi, beliau juga tidak ketinggalan menerima banyak permintaan daripada pihak lain susulan gangguan bekalan air itu.

“Pohon doa. Ramai sangat yang minta tolong. Ada pusat dialisis dan klinik pun memerlukan. Insya Allah doakan semuanya dimudahkan.”

Untuk rekod, beikutan pencemaran bau, sejumlah 1,196,457 akaun Air Selangor membabitkan 1,292 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual, selepas 4 loji rawatan air Sungai Selangor dihenti tugas.


One response to “Ebit Lew Sumbang 2 Lori Tangki Air Bantu Rakyat Terjejas”

  1. Anonymous says:

    Terbaik ustaz…..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...