Ebit Lew Sempat Bantu Sekolah NGO Di Semporna Sebelum Beredar

Trending

Ebit Lew Sempat Bantu Sekolah NGO Di Semporna Sebelum Beredar

Tidak menyerah kalah dan terus membantu, itulah sifat yang ada dalam diri seorang pendakwah bebas Ebit Lew.

Kami katakan ini selepas melihat Ebit Lew tetap terus memberikan bantuan kepada penduduk Semporna selepas melawat sebuah sekolah agama bimbingan Az Zahrah Semporna walaupun terpaksa melupakan niatnya membina sekolah.

Advertisement

Sekolah terpaksa ditutup, tak mampu tanggung kos lagi

Dalam lawatan itu Ebit Lew mendapati sekolah terbabit menampung seramai 300 pelajar susah dan memiliki 7 ustazah sukarelawan yang mengajar secara percuma.

Tapi agak menyedihkan apabila sekolah yang dibangunkan NGO Sabah itu bakal ditutup kerana tak mampu menampung lagi sewa bangunan sekolah dan kos air elektrik.

Sedih tengok ramai anak orang susah. Saya akan bayarkan sewa bulanan dan bayar air elektrik. Bersorak anak-anak dan mak ayah bila tahu. – Kongsi Ebit Lew.

Allahu, semoga Ebit Lew terus kuat membantu mereka yang memerlukan. Apapun perkongsian Ebit Lew ini berlaku pada 2 Februari 2021 sebelum kecoh tentang pihak yang cuba menghalang niat baik Ebit Lew.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...