Baru-baru ini, pendakwah bebas yang terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew telah terbang ke Mesir lalu memasuki Gaza pada Mei lalu atas sebab melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin.
Namun sejak beberapa hari yang lalu, pelbagai spekulasi telah timbul apabila Ebit Lew kelihatan senyap tanpa sebarang perkongsian berita terkini di laman sosialnya tentang perkembangannya disana.
View this post on Instagram
Tidak lama selepas pelbagai spekulasi yang timbul, pendakwah itu berkongsi perkembangan dirinya disana, turut memberitahu semuanya berjalan dengan lancar dan keadaanya baik-baik sahaja.
Doakan yer.. Alhamdulillah semua dalam keadaan baik. Semoga jadi asbab kebaikan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai mengucapkan rasa syukur atas hantaran gambar yang dibuat oleh Ebit Lew di akaun Instagramnya dan mendoakan perjalanan Ebit Lew dipermudahkan disana.