Ebit Lew Hadiahkan Myvi Buat Ibu Tunggal Chinese Sempena Tahun Baru Cina

Trending

Ebit Lew Hadiahkan Myvi Buat Ibu Tunggal Chinese Sempena Tahun Baru Cina

Simpati dengan nasib yang menimpa seorang ibu tunggal chinese di sini, penceramah dan pendakwah terkenal, Ebit Lew tampil menghulurkan sumbangan sebuah kereta Myvi bagi memudahkan pergerakan ibu tunggal terbabit.

Perkara itu dikongsikan Ebit melalui laman sosial Facebooknya dan mendapat sokongan daripada netizen yang memuji kebaikan dan tindakan yang diambil beliau.

Advertisement

Ibu tunggal berbangsa Cina yang dikenali sebagai Koh Kim Keok  ini sangat terharu tatkala menerima sumbangan sebuah kereta Myvi, peranti tablet serta sedikit wang saku untuk menampung perbelanjaannya, selain akan dibayarkan sewa rumah setiap bulan. Alhamdulillah..

“Masa sampai tadi kakak ini menangis. Saya dapat maklumat yang keluarga ini susah dan sudah lama tiada makan besar dan tiada sambutan Tahun Baharu Cina. Walaupun ‘chinese non muslim’ tapi dia kenal saya”

Tambah ibu tunggal itu, dia selalu berdoa untuk berjumpa Ebit Lew. Hari ini tiba-tiba beliau sudah depan mata. Pun begitu, selepas kematian suami, ibu tunggal ini telah membesarkan anak yang ramai seorang diri dengan bekerja kedai di kopi Cina.

“Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), gaji sehari RM20, dulu RM30 dan sebulan dapatlah RM600. Ada anaknya yang peluk Islam tapi mereka hidup dengan penuh kasih sayang”

Sumber : Facebook

Tambah Ebit Lew, anak perempuan ibu tunggal itu sudah berhenti belajar kejururawatan kerana tiada duit untuk bayar yuran RM800 dan kerja di kedai makan bantu kewangan keluarga. Lebih terharu, dermawan itu turut cadangkan dia untuk sambung belajar semula.

“Kami akan tanggung yuran dia jika belajar semula”

“Tiada kenderaan untuk hantar anak sekolah. Dulu ada kereta lama dah jual besi buruk. Saya terus ajak beli kereta. Terus dapat tadi. Kereta Myvi. Menangis kakak gembira sangat” 

Dalam masa sama, Ebit turut merakamkan ucapan terima kasih kepada beberapa pihak yang banyak membantu terutamanya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana memberikan sumbangan bulanan, pihak menteri, penghulu, ketua kampung dan tidak kurang juga badan bukan kerajaan (NGO) serta ketua kampung.

“Terima kasih media yang maklumkan pada saya. Terima kasih semua. Semoga menjadi asbab kebaikan. Happy Chinese New Year. Selamat makan besar semua”

Mulia sungguh hati Ebit Lew kan, moga perkongsian ini dapat memberi inspirasi buat semua untuk terus berbuat kebaikan kepada semua masyarakat tak kira agama dan bangsa.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...