Ebit Lew Didakwa Di Mahkamah Atas 11 Pertuduhan Termasuk Gangguan Seksual

Berita

Ebit Lew Didakwa Di Mahkamah Atas 11 Pertuduhan Termasuk Gangguan Seksual

Pendakwah terkenal dan aktivis kemasyarakatan, Ebit Lew, 37, telah dihadapkan ke mahkamah di Tenom, Sabah kira-kira jam 9 pagi tadi, lapor Harian Metro.

Dia yang hadir ke Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom dengan menaiki sebuah kereta Toyota Vellfire turut ditemani sekumpulan individu lain.

Advertisement

Ebit Lew dilaporkan menghadapi 11 pertuduhan termasuk kes berkaitan gangguan seksual.

Dalam pada itu, perkarangan Pejabat Daerah Tenom telah dikawal rapi polis sejak awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan dijadualkan akan membuat sidang media berhubung kes itu selepas selesai proses pertuduhan terhadap Ebit.

Difahamkan, pendakwah itu kini berada di Sabah bagi menjalankan kerja-kerja amal.

3 years ago

Macam Sudah Senyap, Ini Perkembangan Terkini Kes Gangguan Seksual Ebit Lew

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...