Ebit Lew Agih 500 Tablet Kepada Pelajar Yang Memerlukan

Trending

Ebit Lew Agih 500 Tablet Kepada Pelajar Yang Memerlukan

Tidak dinafikan rakyat Malaysia sudah mengetahui perihal pendakwah bebas iaitu Ebit Lew yang sering membantu sesiapa sahaja yang memerlukan.

Baru-baru ini juga beliau ada melaksanakan misi bantuan di Sabah dan sudah pasti perkara tersebut dapat meringankan beban mereka yang memerlukan pertolongan di sana.

Advertisement

Terbaharu, menerusi akaun Intagram beliau ada memuat naik satu video pendek dimana beliau akan mengagihkan sebanyak 500 tablet untuk 500 orang pelajar yang memerlukan.

Tujuannya ialah untuk memudahkan pelajar yang ketika ini majoriti akan menghadiri kelas online. Melalui posting berkenaan juga, baru sebahagian sahaja yang sampai dan akan diagihkan kepada mereka yang memerlukan

Menurutnya, beliau membeli kesemua tablet itu hasil sumbangan daripada TMJ, Tunku Ismail Idris sejurus beliau balik daripada misi bantuan di Sabah beberapa hari lepas.

Terdahulu. TMJ telah menyumbang sejumlah RM 200,000 untuk membantu semua misi bantuan akan datang.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...