October 6th, 2020

Mendedahkan dirinya pernah menerima bantuan daripada peminatnya ketika menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu, pelawak Ebby Yus akui individu terbabit merupakan seorang wanita dari Singapura.

Ebby yus

Katanya, wanita itu memberinya wang tunai sebanyak RM30,491.93. Namun beliau pada khabarnya menghubungi wanita berkenaan untuk menolak secara baik kerana tidak bersedia menerima wang berkenaan.

“Pada awalnya, dia menghubungi pembantu saya dan menyuarakan hasrat untuk memberi sumbangan itu kerana tahu mengenai keadaan kesihatan yang saya alami. Ketika itu, kita semua tak dapat bekerja kerana PKP. Jadi, apabila dimaklumkan oleh pembantu, saya sendiri menghubunginya dan menjelaskan bahawa keadaan kesihatan saya sudah kembali pulih.”

Biarpun pda awalnya agaj, curiga dengan tindakan individu terbabit kerana kini terlalu banyak kes ‘scam’ berlaku, namun selepas menyemak akaun bank miliknya memang benar wanita berkenaan memasukkan wang.

Ebby yus

“Saya rasa sangsi juga kerana takut jika itu adalah ‘scammer’ kerana dia meminta nombor akaun bank. Tapi, bila difikirkan semula, dalam akaun saya pun cuma ada dalam RM40 saja, jadi tak rugi pun kalau saya bagi. Tak lama selepas itu, sejumlah wang bernilai SGD10,000 (RM30,491.93) masuk ke dalam akaun saya. Saya macam susah nak percaya, tapi bila diperiksa berkali-kali, memang benar,” katanya.

Selepas kejadian, Ebby secara tidak langsung bagai tampil menyifatkan wanita itu seperti insan yang dikirim daripada Allah untuk membantunya. Malah, tidak ketinggalan berhasrat untuk ke Singapura bertemu wanita terbabit dan ahli keluarganya kelak.

Sumber: Harian Metro


2 responses to “Ebby Yus Dedah Peminat Wanita Masukkan RM30,491.93 Dalam Akaunnya”

  1. nok says:

    sape je ttbe nk bagi smpai 30k ++. klu btl xpelah. alhamdulillah.. rezeki awak ye ebby yus

  2. stokin says:

    aikkk…kau pun dah ura2 money laundering ke? ni statement acah2 cover line? hahahaha

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...