Baru-baru ini, nama anak usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B menjadi bualan ramai selepas hadir dalam satu acara dengan penampilan mewah.
Dapat dilihat dalam video tular itu, Cik B memakai pakaian dengan penuh gaya bersama-sama dengan aksesori mewah daripada jenama antarabangsa.
Sewaktu ditemu ramah ketika berada di acara terbabit, gadis itu memberitahu topi dan beg berjenama Louis Vuitton bernilai RM12,000, manakala cermin mata Porsche pula berharga RM2,500.
Hal yang menjadi tumpuan ramai apabila enggan memberitahu harga jam tangannya dan netizen laju membuat kerja, lalu mendapati harga jam yang dipakai berharga sekitar RM400,000!
Perkongsiaan harga barang yang dipakai oleh Cik B itu sememangnya membuat orang ramai berasa teruja tetapi tidak terkejut, memandangkan semua sudah tahu ibunya, Datuk Seri Vida merupakan usahawan berjaya.
Dalam pada itu, ada yang menganggap Cik B merupakan ‘banglo bergerak’ kerana seluruh pakaian dan aksesorinya itu sudah cecah lebih RM400,000.