E-Sukan Di Sukma Perak 2018

Trending

E-Sukan Di Sukma Perak 2018

Buat para gamers diluar sana, ini pasti berita yang menggembirakan. Acara e-sukan sah akan dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XIX Perak 2018. Perkara ini disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan YB Howard Lee semalam pada sidang media khas pembangunan e-sukan di Perak. Beliau juga telah memuat naik video promo SUKMA Perak yang turut menyelitkan e-sukan di dalam video tersebut.

3 acara yang akan dipertandingkan untuk e-sukan di SUKMA XIX Perak 2018 ialah:

Advertisement
  • Mobile Legends
  • Pro Evolutions Soccer (PES18)
  • FIFA 18

Kejohanan e-sukan ini akan berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak. Pada mulanya Dota 2 dicadangkan untuk menjadi salah satu acara yang akan dipertandingkan tetapi akhirnya digantikan dengan PES 18.

Sumber: Facebook Mariah Ahmad

Sebelum ini bekas Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin, telah mengeluarkan kenyataan yang e-sukan akan dipertandingkan untuk SUKMA 2018. Khairy berkata e-sukan telah pun mendapat pengiktirafan daripada Majlis Olimpik Asia dan akan dipertandingkan buat pertama kali dalam Sukan Asia pada tahun 2022 nanti.

Di Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 baru-baru ini, pasukan e-sukan Malaysia menunjukkan aksi yang terbaik dan mendapat tempat keempat pada acara demonstrasi di temasya tersebut.

Sumber: Awani

Duo e-sukan Pro Evolution Soccer (PES) Malaysia, Mohamad NorHaikal Mohamad Noh dan Muhamad Khairul Abdul Aziz mempamerkan aksi kemas di peringkat kumpulan A dengan rekod dua kemenangan dan satu kekalahan bagaimanapun terkandas di peringkat separuh akhir apabila bertemu dengan Jepun.

SUKMA XIX Perak 2018 akan berlangsung dari 14 hingga 22 September dan untuk e-sukan, akan dipertandingkan pada 21-22 September 2018. Untuk maklumat lanjut mengenai temasya ini, anda boleh layari laman web rasmi SUKMA Perak 2018.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...