Koresponden ABC News, Bob Woodruff telah mendapatkan salinan e-mel yang dihantar oleh seorang pekerja pelantar minyak yang bernama Michael Jerome McKay kepada majikannya mendakwa dia melihat pesawat penerbangan MH370 terjunam dalam keadaan terbakar.
Tuan-tuan,
Saya percaya saya telah menyaksikan pesawat Malaysia Airlines terjunam. Masanya selari. Saya telah cuba menghubungi pegawai rasmi kerajaan Malaysia dan Vietnam beberapa hari lepas. Tetapi saya tidak tahu sama ada mereka menerima mesej tersebut.
Saya berada di pejabat pelantar minyak ‘Songa Mercur’ di Vung Tau.
Lokasi permukaan pemerhatian saya ialah:-
Latitud 08° 22’ 30.23 N
Longitud 108° 42’ 22.26” E
Saya memerhatikan kebakaran (pesawat itu?) di altitud tinggi pada sudut kompas 225° hingga 230° dari lokasi kami.
Sangat sukar untuk menentukan jarak, tetapi saya akan katakan lebih kurang 50 – 70 km sepanjang sudut kompas 265° hingga 275°.
Ombak permukaan laut di lokasi kami ialah 2.0 hingga 2.3 knot pada arah 265° hingga 275°
Arah angin ialah NE-ENE dengan purata kelajuan 15-20 knot.
Dari saat saya melihat kebakaran (pesawat) itu hingga kebakaran itu padam (masih pada altitud tinggi) ialah antara 10-15 saat. Tidak ada pergerakan sisi. Sama ada ia bergerak ke arah pelantar kami, atau tidak bergerak (jatuh) atau bergerak pergi dari posisi kami.
Posisi umum pemerhatian saya ialah serenjang / barat daya laluan penerbangan normal. Atau pada sudut kompas 265° hingga 275°bersilang laluan penerbangan normal dan altitud normal tetapi lebih jauh.
Selamat maju jaya,
Michael Jerome McKay,
Passport NZ #XXXXXXXXX
Laporan asal: Washington Times