Berita buruk yang sedang bertiup kencang di sebuah forum hiburan terbesar Malaysia menyatakan yang Dynas telah keguguran bayi dalam kandungannya. Dikatakan keguguran tersebut merupakan punca Dynas tidak menghadiri majlis ABPBH 2008 semalam.
Khabarnya ada seorang forumer telah menelefon Dynas untuk mengesahkan berita ini. Tapi kami tak mahu menyatakan yang berita ini benar selagi tak keluar dari mulut Dynas sendiri. Buat masa ini, anggaplah berita ini hanya 50% sahih.
Namun sekiranya berita Dynas gugur ini adalah benar dan tiada yang lain melainkan benar belaka, takziah kami ucapkan. Sayang sungguh sebab kandungannya dah masuk bulan ke 7.
Harap Dynas dan suami tabah menghadapi dugaan dari Tuhan ini.