Keenakan durian tidak dapat disangkal lagi kerana menjadi kegemaran segenap lapisan masyarakat negara ini.
Di Malaysia, sejenis durian yang dinamakan J-Queen mungkin durian termahal di dunia apabila harganya mencecah RM4,000.
Walaupun harganya mencecah ribuan ringgit ia tidak menjadi penghalang kepada penggemar raja buah itu merasai keenakannya isinya berwarna kuning keemasan dengan bentuk yang menarik.
Tetapi satu ketika dahulu para peminat di Segamat, Johor terkenal dengan Durian Tahi Gajah yang telah menjadi rebutan orang ramai walaupun harganya mencecah ribuan ringgit.
Menurut Harian Metro, seorang Pegawai Pertanian Daerah Segamat Nur Akmal Abdullah berkata, kewujudan durian tersebut bukanya satu gurauan sebaliknya pernah popular di daerah Segamat sekitar tahun 1980-an.
Apakah Durian Tahi Gajah?
Durian Tahi Gajah adalah durian yang ditelan bulat-bulat oleh gajah liar sebelum dibuang bersama najisnya.
Pada zaman dahulu, durian ini telah dikutip oleh individu yang mengekori gajah tersebut sebelum ia dibersihkan.
Bagi kita durian Musang King harganya jauh lebih mahal berbanding durian biasa. Tetapi, pada zaman dahulu, kebanyakkan tauke balak sanggup membayar dengan mahal untuk merasai durian ini yang dikatakan sangat sedap.
Kenapa Durian Tahi Gajah Istimewa?
Ini kerana durian ini telah mengalami proses pencernaan di dalam perut gajah dan mempunyai khasiat yang tidak dimiliki pada durian lain.
Ciri-ciri Durian Tahi Gajah?
Durian Tahi Gajah memiliki karakteristik yang sedikit berbeza iaitu baunya wangi menyengat (terasa lain dari durian biasa). Isi buahnya juga dikatakan lebih lembut dari isi buah biasa yang pernah kita makan.
Warna isinya cukup menarik, iaitu warna gading gajah. Bentuk buah durian ini juga akan berubah selepas keluar dari perut gajah. Dimana ia kelihatan seperti bola besar yang dibungkus oleh rumput dan juga daun.
Pasti anda semua baru tahu mengenai Durian Tahi Gajah. Tetapi, adakah Durian Tahi Gajah masih lagi dijual di pasaran?
Sumber: Harian Metro