Selebriti versatil, Elly Mazlein mengulas tentang sesetengah artis yang bersaing dan mempunyai hasad dengki berhubung rezeki dan kejayaan yang diraih.
Dunia seni Malaysia tak besar mana pun
Ujar Elly atau Kak Lina itu, selebriti tempatan perlulah sedar bahawa industri seni di negara ini tidak sebesar mana dan seharusnya rakan sesama artis perlu saling menyokong.
Dunia seni kita ini tak besar mana untuk kita nak jadi orang yang bersifat toksik. Ada yang cuba pecah belahkan antara peminat. Jangan jadi budak-budak. Move on.
Tambah Elly, setiap orang mempunyai rezeki masing-masing dan artis perlulah sama-sama meraikan kejayaan sesama sendiri untuk hubungan kekal harmoni.
Sampai bila nak sindir menyindir?
Elly turut menolak agenda penyebaran fitnah yang akhirnya boleh menjatuhkan nama baik seseorang atau menyebarkan dakyah yang tidak tepat berhubung rakan sesama industri.
Kenapa tidak kita saling sokong-menyokong? Sampai bila nak sindir menyindir, meluahkan pendapat yang boleh menjatuhkan fitnah? Jangan kerana nila setitik, rosak susu belanga. Jangan kita jadi manusia yang suka pecah belahkan sesiapa.